Powered By Blogger

Ahad, 22 Mac 2015

ASSALAMUALAIKUM.

In Shaa Allah entri kali berkaitan ISIS...belakangan ini kecoh nor psal militan IS.

Sebelum tu ana ada benda yg lagi best dari IS tpi bersgkut paut la...
pernah kan dengar lagu briged Izzudin Al Qassam, dalam bait lirik lagu tersebut azapkali diulangkan nama syeikh Yassin yakni seorang daripada orang kuat penubuhan briged Jundullah ini....
Izzudin Al Qassam ini diambil bersempena seorang mujahid yang syahid dari Syria ketika menentang
British demi mempertahankan Al Aqsa. Mereka ini pejuang Allah bermati-matian memperjuangkan agama Allah. Kita kat Malaysia nie mcam mana nk berjihad?

Apa kita tidak yakin bhawa Doa Itu Senjata Orang Mukmin (DISOM)?

Jihad kita ialah ialah ilmu kerna ilmu bisa mematahkan gerakan yang terkeluar dari landasan syariat, golongan kafir yang tidak faham akan Islam( Alhamdulillah dengar ada seorg warga cina mempertahankan hudud...biarpun ada umat Islam sendiri mempersenda hukum Allah khususnya hudud dengan nasi lemak???what?) "kegilaan apakah ini-quotedRR-"

"Berfikir sejenak lebih baik daripada bangun shalat malam- Hasan Al Basri"
tafsir Ibn Kathir Jilid 2 Juz4

Nah, lebih baik kita berfikir untuk kemaslahatan Islam...kata seorang sahabat perjuangan Islam berkemungkinan besar bukan kita penamatnya/pemenangnya tpi tentulah tidak sebagai pemula tapi kita rantai penyambung kesemarakan Islam di bumi Allah...berfikir melahirkan tindakan tapi ianya memrlukan optimistik dan realistik untuk menjayakannya.

"Kebatilan akan jua menang dengan strategi yang sistematik, walhal pada masa yang sama hak tidak digerakkan dengan buah fikiran yang bernas"-khutbah quoted

Jadi apa yang kita lihat hubungan IS dengan sirah nabawiyyah ada suatu kisah pasti membuat kalian terfikir.

Suatu ketika Rasulullah masih hidup, ketika pembahagian harta rampasan perang, seorang sahabat(tidak diketahui namanya) lantas bangun menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap hal itu. Sahabat yang lain berang dan ingin membunuhnya tapi dihalang Rasulullah kerna apa? kerna hamba Allah itu juga seorang Islam dan seringkali beriktikaf di masjid dan jua menunaikan solat 5 waktu sebgaimana diperintahkan cuma akidah dia terhadap Rasulullah salah...wala' dan thiqah nya tercicir.... 

Berkait dengan IS ini, tergamak isi perut limpa mereka untuk membunuh golongan seagama kita sendiri. Post sahabat saya berkenaan "no single bullet to Yahudi's head" diolah kembali memperlihatkan kecelaruan yang kian menimbul bahkan lebih mengejutkan lagi budak berusia 14 tahun "beria-ria" ingin menyertai latihan militan ini di negara bergolak namun sempat ditahan.

khatimah

berfikir tidak sesekali melemahkan anda, biarpun anda berbaring, duduk atas kerusi roda, berjalan, buah pemikiranmu dengan izin Allah jadikan bukan sahaja dirimu lebih baik tapi ummah, bangsa dan kedaulatan Islam lebih terjamin sekalipun anda doktor, engineer, cleaner, etc.

“Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan segala sesuatu di muka bumi dalam keadaan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka selamatkanlah kami dari siksa neraka.” (Quran, Ali-Imran, 3:191)
“Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan segala sesuatu di muka bumi dalam keadaan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka selamatkanlah kami dari siksa neraka.” (Quran, Ali-Imran, 3:191)

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (١٩١
Ali Imran 191. (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan Kami, Tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau, Maka peliharalah Kami dari siksa neraka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan